CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, September 16, 2008

PrOgRaM "Y 2 Y" KiMaNiS


Pada bulan Julai yang lalu Parlimen P.176 Kimanis telah mengadakan satu Program iaitu Program "Y2Y".Program ini merupakan Program yang membentuk kesedaran kepada pelajar tentang masa depan yang akan dihadapi.Selain itu, dari segi strategi adalah untuk pembentukan pembangunan belia remaja dengan penekanan terhadap potensi kepimpinan adalah amat penting dalam proses pembangunan belia dalam arus pembangunan negara.Belia remaja adalah aset negara yang perlukan bimbingan yang memberi hala tuju potensi individu yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara
.

Bagi memantapkan jati diri dan semangat sukarela belia remaja untuk merealisasikan kepimpinan dan pembangunan masyarakat di peringkat komuniti.
Untuk memberi peluang kepada belia remaja bagi mengurangkan masalah kegiatan sosial dalam masyarakat dengan memberi alternatif-alternatif program serta peranan belia itu sendiri untuk menggerakkan program / aktiviti setempat.
Menjadi penggerak kepada kerja sukarela ,menjadi ahli persatuan atau menubuhkan persatuan dan menggerakkan program peringkat setempat....
Jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini tersebut...