CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, April 3, 2010

Din Beramboi Kini Dalam Kenangan


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Pada 02 April 2010 kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati kita di mana pelakon dan pelawak dunia yang amat bersinar iaitu Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 12.30 tengah malam akibat komplikasi kegagalan organ dalaman dan buah pinggang akibat serangan demam denggi berdarah. Kami warga Kelab Rakan Muda Kimanis ( KRMK ) mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


Selamat Pengantin Baru

KAMI DARIPADA KELAB RAKAN MUDA KIMANIS INGIN MEGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ABANG RAHIM

Monday, November 16, 2009

AKAUN DILULUSKAN : SATU LAGI KEJAYAAN BAGI KELAB RAKAN MUDA KIMANIS ( KRMK )

Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia
Dimaklumkan kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Kimanis ( KRMK ) bahawa KRMK telah mendapat kelulusan untuk membuka akaun untuk Kelab Rakan Muda kimanis. Sekali lagi KRMK ingin mengucapkan TAHNIAH dan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua barisan kepimpinan KRMK khususnya kepada Pengurusi Kelab KRMK, Cik Zurainie Bte Jablin, Tim. Pengurusi En. Mohd Rezuan Munap dan Setiausaha KRMK Cik DG. Zulaikha Bte Baharin serta Penggerak Rakan Muda Kimais ( KRMK ), En. Mohd Alifah Bin Mohd Noor atas usaha gigih serta bertungkus lumus untuk menjayakan dan mendapatkan kelulusan Akaun Kelab Rakan Muda Kimanis.

PENDAFTARAN KELAB RAKAN MUDA KIMANIS DILULUSKAN


Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia

Syukuralhamdulillah, Kelab Rakan Muda Kimanis telah mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Kementerian Dalam Negeri Malaysia telahpun meluluskan permohonan penubuhan Kelab Rakan Muda Kimanis (KRMK) sebagai sebuah persatuan atau kelab secara rasmi pada 13 November 2009. Pihak Kelab Rakan Muda Kimanis (KRMK) mengucapkan TAHNIAH dan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua barisan kepimpinan KRMK khususnya kepada Pengurusi Kelab KRMK, Cik Zurainie Jablin, Tim. Pengurusi En. Mohd Rezuan Munap dan Setiausaha KRMK Cik DG. Zulaikha BT Baharin serta Penggerak Rakan Muda Kimais ( KRMK ), En. Mohd Alifah Bin Mohd Noor atas usaha dan inisiatif yang dilakukan selama ini bagi menjamin dan memastikan KRMK didaftarkan secara sah. Kami daripada KRMK juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Fadzley Ramli, Penolong Pegawai Belia & Sukan (Bahagian Pembangunan Rakan Muda) Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah diatas segala bantuan dan sokongan kepada KRMK selama ini. Jutaan Terima Kasih Kami Ucapkan..
Semoga Kelab Rakan Muda Kimanis akan terus maju kehadapan...

Thursday, November 12, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA

Salam Rakan Muda dan Salam Satu Malaysia
Pertandingan Shuffle dance peringkat bahagin beaufort akan berlangsung pada minggu hadapan.
kenapa anda yang berminat boleh mendaftarkan diri anda di Pejabat Belia dan sukan Bahagian
Beaufort. Hadiah-hadiah lumayan akan di berikan kepada mereka layak dan menang.. Tarikh
pertandingan tersebut telah di tetapkan pada :-
Tarikh :21 & 22hb November 2009
Tempat : Dewan Pa' Musa
Saringan akan di buat pada 21hb November untuk memilih kumpulan yang layak untuk ke
peringkat akhir..
pertandingan ini akan di buat pada 2 kategori iaitu :-
Kategori pertama : umur 15 tahun ke bawah
kategori kedua : umur 25 tahun ke bawah
Sebarang pertanya boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Beaufort di talian 087-211625 dan berhubung dengan Miss Dg. Zurainiee atau terus datang ke pejabat di alamat :
Pejabat Belia dan Sukan
(P) Bahagian Beaufort,
Tingkat 1, Wisma Persekutuan,
89807 Beaufort, Sabah.
Sekian Terima Kasih..

PROGRAM RAKAN MUDA


Salam Rakan Muda dan Salam satu Malaysia
Makluman kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Kimanis.. Program Grafiti Musim Ke-2 telah kembali lagi.. Kepada anda yang ingin mengikuti Program ini, anda boleh datang pada:-
Tarikh : 21 & 22hb November 2009
tempat : Dewan Pa' Muda dan Perkarangan Tembok depan KFC
Sebarang penyertaan untuk mengikuti program tersebut haruslah mendaftarkan diri anda 3 hari lebih awal sebelum tarikh Program tersebut berlangsung. Sebarang penyertaan boleh lah menghubungi pejabat Belia dan Sukan bahagian Beaufort di 087-211625..
terima kasih..

Tuesday, October 20, 2009

GERAK DAFTAR PERSATUAN

KEPADA BELIA-BELIA BERPERSATUAN DAN BELUM BERPERSATUAN ANDA DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRI SATU PROGRAM GERAK DAFTAR PERSATUAN PADA:

TARIKH : 30 OKTOBER 2009

TEMPAT : DEWAN PA'MUSA BEAUFORT

MASA : 2.00 - 4.00 PETANG

BELIA YANG SUDAH BERDAFTAR DI BAWAH REGISTRATION OF SOCIETY ( ROS ) AKAN BERDAFTAR SEKALI LAGI DI BAWAH REGISTRATION OF YOUTH ( ROY ).

SEKIAN TERIMA KASIH...