CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, September 16, 2008

PrOgRaM "A R P" KiMaNiS

Pada 15-17 Ogos 2008, bertempat di Kampung Thiong Membakut, telah berlangsungnya satu Program Rakan Muda iaitu Program Pengembaraan Dan Penjelajahan Anugarah Remaja Perdana ( ARP ) Peringkat Parlimen P.176 Kimanis. Program ini merupakan satu program penjelajahan yang lasak di mana aktiviti yang di jalankan adalah sangat menguji daya ketahanan mental para peserta. Justeru itu, peserta juga lebih didedahkan dengan cara yang berdikari. Dalam program ini hanya 10 orang sahaja pelajar yang terpilih bagi mendapat penganugerahan Anugerah Remaja Perdana ( ARP ) dan dalam 10 orang tersebut akan mengadakan satu lagi pertandingan dimana mereka akan berlawan kepada parlimen yang lain iaitu Parlimen Beaufort dan Parlimen Sipitang.. Dalam Pertandingan ini hanya SEORANG sahaja yang akan terpilih untuk layak mendapatkan Anugerah tersebut...
Dalam hal ini saya Mohd Alifah Selaku Penggerak Kimanis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Matlin selaku kem.Komanden, En.Nazly Pembantu Kem.Komanden,En. Halbi selaku Penggerak Beaufort, En. Suardi selaku Mentor Program, Urusetia-urusetia dan Sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan Program tersebut. Kerjasama anda amat saya hargai...
Sekian Terima Kasih.

2 ulasan:

ARP Daerah Jempol said...

WoW ada blog baru nie....
Hebat... Program dan usaha yang patut di puji dan diteruskan. Izinkan kami di ARP Jempol LINK kan blog yang hebat nie ke rumah kami okey.

Daripada
bangmir Jempol
www.anugerahremajaperdana.blogspot.com

kelab rakan muda kimanis said...

ok tentu boleh