KEPADA BELIA-BELIA BERPERSATUAN DAN BELUM BERPERSATUAN ANDA DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRI SATU PROGRAM GERAK DAFTAR PERSATUAN PADA:
TARIKH : 30 OKTOBER 2009
TEMPAT : DEWAN PA'MUSA BEAUFORT
MASA : 2.00 - 4.00 PETANG
BELIA YANG SUDAH BERDAFTAR DI BAWAH REGISTRATION OF SOCIETY ( ROS ) AKAN BERDAFTAR SEKALI LAGI DI BAWAH REGISTRATION OF YOUTH ( ROY ).
SEKIAN TERIMA KASIH...
Tuesday, October 20, 2009
GERAK DAFTAR PERSATUAN
Saturday, October 3, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Parlimen kimanis khususnya dan kepada semua muslimin dan muslimat secara amnya.
Semoga kedatangan Syawal kali ini membawa 1000 makna dalam kehidupan kita..
Kalau langkah tidak bertemu,
Tangan tidak berjabat,
Ucapan tidak terdengar,
Mata tidak bertatap,
Tapi izinkan hati memohon maaf zahir dan batin,
Salam Aidilfitri
Kemasukkan Penggerak Belia
Tahniah di ucapkan buat Cik Dg Siti Zurainee Binti Muslin @ Fifie Ainie kerana telah di lantik sebagai Penggerak Belia Bahagian Kimanis. Diharapkan kehadiran beliau dapat memantapkan lagi dalam program - program yang akan di jalankan kelak
TAHNIAH SEKALI LAGI
Rakan Muda Wawasan Desa
Rakan Muda Wawasan Desa merupakan satu program kepimpinan, kesedaran dan kerjasama dalam aspek pembangunan remaja. Program ini membantu remaja membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh.
Spiritual, mental dan fizikal yang di sumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin dan dinamik. Program ini telah berlangsung pada bulan Mei yang lalu dan di rasmikan oleh Dato' Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. Program ini telah di sertai seramai 49 orang pelajar dari UITM Sabah.
Dalam program ini akan melahirkan insan yang berkualiti dan berkeperobadian mulia serta cintakan negara dan penyayang disamping penerapan nilai - nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan yang pasti menjamin perpaduan yang mantap.
Subscribe to:
Posts (Atom)