CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, September 16, 2008

PrOgRaM "A R P" KiMaNiS

Pada 15-17 Ogos 2008, bertempat di Kampung Thiong Membakut, telah berlangsungnya satu Program Rakan Muda iaitu Program Pengembaraan Dan Penjelajahan Anugarah Remaja Perdana ( ARP ) Peringkat Parlimen P.176 Kimanis. Program ini merupakan satu program penjelajahan yang lasak di mana aktiviti yang di jalankan adalah sangat menguji daya ketahanan mental para peserta. Justeru itu, peserta juga lebih didedahkan dengan cara yang berdikari. Dalam program ini hanya 10 orang sahaja pelajar yang terpilih bagi mendapat penganugerahan Anugerah Remaja Perdana ( ARP ) dan dalam 10 orang tersebut akan mengadakan satu lagi pertandingan dimana mereka akan berlawan kepada parlimen yang lain iaitu Parlimen Beaufort dan Parlimen Sipitang.. Dalam Pertandingan ini hanya SEORANG sahaja yang akan terpilih untuk layak mendapatkan Anugerah tersebut...
Dalam hal ini saya Mohd Alifah Selaku Penggerak Kimanis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Matlin selaku kem.Komanden, En.Nazly Pembantu Kem.Komanden,En. Halbi selaku Penggerak Beaufort, En. Suardi selaku Mentor Program, Urusetia-urusetia dan Sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan Program tersebut. Kerjasama anda amat saya hargai...
Sekian Terima Kasih.

PrOgRaM "Y 2 Y" KiMaNiS


Pada bulan Julai yang lalu Parlimen P.176 Kimanis telah mengadakan satu Program iaitu Program "Y2Y".Program ini merupakan Program yang membentuk kesedaran kepada pelajar tentang masa depan yang akan dihadapi.Selain itu, dari segi strategi adalah untuk pembentukan pembangunan belia remaja dengan penekanan terhadap potensi kepimpinan adalah amat penting dalam proses pembangunan belia dalam arus pembangunan negara.Belia remaja adalah aset negara yang perlukan bimbingan yang memberi hala tuju potensi individu yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara
.

Bagi memantapkan jati diri dan semangat sukarela belia remaja untuk merealisasikan kepimpinan dan pembangunan masyarakat di peringkat komuniti.
Untuk memberi peluang kepada belia remaja bagi mengurangkan masalah kegiatan sosial dalam masyarakat dengan memberi alternatif-alternatif program serta peranan belia itu sendiri untuk menggerakkan program / aktiviti setempat.
Menjadi penggerak kepada kerja sukarela ,menjadi ahli persatuan atau menubuhkan persatuan dan menggerakkan program peringkat setempat....
Jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini tersebut...

PROGRAM CIPTA BAHAN


Pada bulan Julai yang lalu Parlimen Kimanis telah mengadakan satu program iaitu"Program Mencipta Bahan Dan Sudut Pameran Kreatif". program ini berlangsung selama sehari di mana program ini telah di laksanakan di Dewan SMK Membakut I. program ini juga telah dirasmikan oleh Puan Mozidah, Pengetua SMK Membakut. Antara Pihak-pihak yang terlibat dalam program ini ialah SMK Bongawan dan Smk Membakut. Pegawai-pegawai yang terlibat ialah En. Mohd Alifah B. Mohd Noor ( penggerak parlimen P.176 Kimanis), En. Aziz Ason selaku (pembantu Belia Dan Sukan) serta ahli ajk tertinggi Kelab Rakan Muda Kimanis. Juara dalam pertandingan ini dimenangi Oleh Smk Membakut,Naib Juara Smk Bongawan dan tempat ke-3 sekali lagi di menangi oleh Smk Membakut...

Sunday, September 14, 2008

~Selamat Datang Ke Laman Blog Rakan Muda Kimanis~

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera...

Selamat datang ke blog Kelab Rakan Muda Kimanis... di harapkan anda dapat mengetahui informasi dengan lebih lanjut dan dapat memberikan pendapat bagi memajukan lagi Kelab Kita Bersama... diharapkan anda dapat memberikan komitmen yang lebik proaktif dan mantap untuk membantu kami mencapai Objektif yang disasarkan..