Saturday, October 3, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Parlimen kimanis khususnya dan kepada semua muslimin dan muslimat secara amnya.
Semoga kedatangan Syawal kali ini membawa 1000 makna dalam kehidupan kita..
Kalau langkah tidak bertemu,
Tangan tidak berjabat,
Ucapan tidak terdengar,
Mata tidak bertatap,
Tapi izinkan hati memohon maaf zahir dan batin,
Salam Aidilfitri
Kemasukkan Penggerak Belia
Tahniah di ucapkan buat Cik Dg Siti Zurainee Binti Muslin @ Fifie Ainie kerana telah di lantik sebagai Penggerak Belia Bahagian Kimanis. Diharapkan kehadiran beliau dapat memantapkan lagi dalam program - program yang akan di jalankan kelak
TAHNIAH SEKALI LAGI
Rakan Muda Wawasan Desa
Rakan Muda Wawasan Desa merupakan satu program kepimpinan, kesedaran dan kerjasama dalam aspek pembangunan remaja. Program ini membantu remaja membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh.
Spiritual, mental dan fizikal yang di sumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin dan dinamik. Program ini telah berlangsung pada bulan Mei yang lalu dan di rasmikan oleh Dato' Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. Program ini telah di sertai seramai 49 orang pelajar dari UITM Sabah.
Dalam program ini akan melahirkan insan yang berkualiti dan berkeperobadian mulia serta cintakan negara dan penyayang disamping penerapan nilai - nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan yang pasti menjamin perpaduan yang mantap.
Friday, May 15, 2009
SeLaMaT HaRi GuRu
Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
BUAT SEMUA PENDIDIK SELURUH DUNIA DAN MALAYSIA
KHUSUSNYA KEPADA PARA GURU YANG PERNAH MENDIDIK ATAU MASIH MENDIDIK
KAMI DARI AHLI KELAB RAKAN MUDA KIMANIS MENGUCAPKAN
~SELAMAT HARI GURU~
JASAMU TETAP DISANJUNG TINGGI
SEMOGA KEHIDUPAN CIKGU SENANTIASA DIBERKATI
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
BUAT SEMUA PENDIDIK SELURUH DUNIA DAN MALAYSIA
KHUSUSNYA KEPADA PARA GURU YANG PERNAH MENDIDIK ATAU MASIH MENDIDIK
KAMI DARI AHLI KELAB RAKAN MUDA KIMANIS MENGUCAPKAN
~SELAMAT HARI GURU~
JASAMU TETAP DISANJUNG TINGGI
SEMOGA KEHIDUPAN CIKGU SENANTIASA DIBERKATI
Tuesday, May 12, 2009
Program Perkhemahan dan Pengembaraan Anugerah Remaja Perdana Parlimen Kimanis
anugerah remaja perdana
Program Perkhemahan dan Pengembaraan Anugerah Remaja Perdana bagi parlimen Kimanis kembali lagi untuk tahun ini. Program yang dijalankan setiap tahun untuk golongan remaja berumur antara 15 sehungga 25 tahun antara lain bertujuan untuk melahirkan golongan belia yang berwawasan. Pada kali ini ARP Parlimen Kimanis dijalankan di Kg Ulu Mawao Membakut pada 8hb - 10hb Mei 2009.Pada kali ini penyertaan sungguh menggalakkan. Seramai 49 orang peserta dari sekitar parlimen Kimanis telah mengambil bahagian dan di kendalikan oleh 7 orang urusetia yang dilantik.
ARP bermula dengan pendaftaran peserta tepat jam 3 petang. Setelah taklimat selesai dijalankan oleh Penyelaras Program merangkap Pengerak Rakan Muda Kimanis En Alifah hj Mohd Noor dan jug
a taklimat peraturan, keselamatan dan disiplin oleh Kem Komandan program En Kahar Buntak, peserta bergerak untuk aktiviti pertama iaitu mendirikan khemah. Selepas itu peserta diberi peluang untuk berehat dan menunaikan solat maghrib dan isya secara berjemaah. Setelah makan malam aktiviti kedua bermula dengan aktiviti "ice breking" dan pemecaha kumpulan serta perlantikan penghulu dan penghuluwati dikalangan peserta. Setelah itu peserta terlibat dalam sesi percambahan minda yang dikendalikan sendiri oleh En Alifah. Pada sesi kali ini peserta diminta membentangkan hasil projek yang dibuat bersama kumpulan masing - masing. Sesi menjadi hangat dengan penglibatan semua peserta. Tepat jam 11.00 malam semua peserta kembali ke khemah masing - masing untuk berehat manakala para urusetia bermesyuarat bagi mengatur perancangan untuk esok hari.
Pada hari kedua merupakan hari yang padat untuk peserta. Sebaik sahaja semua peserta
selesai aktiviti kecergasan dan bersarapan, program pengembaraan bermula. Sepanjang pengembaraan ini banyak aktiviti sampingan yang dijalankan bagi melayakkan peserta memenuhi syarat ARP seperti khidmad masyarakat, rakan rekacipta, wiramahir dan macam - macam lagi. pendek kata semua yang dilaksanakan adalah untuk membina peserta menjadi sorang belia yang berwawasan dan berkepimpinan.
Pada sebelah malamnya majlis perasmian dijalankan. Perasmian ARP kali ini disempurnakan oleh Pengerusi JKK Kg Mawao en Sufian. Dan istimewanya majlis ini sepenuhnya dirancang dan dijalankan oleh peserta sendiri. Tahniah kepada penghulu dan penghuluwati kerana berjaya menjalankan majlis perasmian dengan begitu baik sekali. Ini membuktikan bahawa ARP kali ini begitu berjaya dan mencapai matlamatnya.
Pihak urusetia juga
telah menjalankan satu rancngan untuk membuat satu kejutan terhadap seorang peserta ARP yang kebetulan tarikh lahirnya jatuh tepat pada masa program tersebut. Pihak pengurusan ARP parlimen Kimanis mengucapkan selamat hari lahir kepada adik siti, semoga panjang umur dan tercapai cita - cita. Pihak urusetia juga minta maaf kerana membuat kejutan sedemikian rupa. Jagan marah ya....
Sepanjang 3 hari 2 malam peserta berkhemah tiada satu pun kejadian yang tidak diingini berlaku. Peserta pun tiada yang sakit. Kebajulan peserta pun sentiasa menjadi keutamaan. Tahniah kepada En Alifah dan terima kasih kepada kem komandan en Kahar serta setinggi terimakasih kepada urusetia Wan, ZU, Ros, Nazrin dan Suardi kerana bertungkus lumus menjayakan program ARP kali ini.
Jumpa lagi di ARP tahun hadapan...bye
Sunday, May 10, 2009
~SELAMAT HARI IBU~

IBU MITHALI
IBU YANG SEJATI
KASIH SAYANGMU
KASIH YANG SUCI
PENGORBANANMU
DISANJUNG TINGGI
JASAMU TETAP DI SANUBARI
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu,
'Datang seseorang menemui Rasulullah S.A.W.
dia bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak
untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?'
Baginda S.A.W menjawab.
'Ibumu'
'kemudian siapa?'
'Ibumu'
'kemudian setelahnya siapa?'
'Ibumu'
Untuk kali berikutnya orang itu kembali bertanya,
'Lalu siapa'
'Ayahmu', jawab Baginda S.A.W
Kami dari Kelab Rakan Muda Kimanis mengucapkan
SELAMAT HARI IBU..
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA IBU...
Monday, April 27, 2009
7 GAYA HIDUP RAKAN MUDA
- Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.
- Patriotism, Love of Country, and Compassion, alongside the internalised values of leadership, spirituality, and concern for others will ensure strong national unity. Youth of high calibre and noble character will be created through this community programme. Community programmes and activities that are planned and executed will prove that the youth are not a burden to the nation, but are actually a basic necessity for connecting all classes and levels of society.
- Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka
- Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.
- The three main components of this Lifestyle – Sports, Recreation, and raising activity to maximum capacity – form the basis for building strong minds, bodies, and characters, to develop high-calibre, interesting, healthy, and disciplined youths.
- Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.
- Creativity, innovation, and natural talent found in youth can give rise to young scientists and inventors. Through programmes and activities as well as guidance from experts, this programme will be able to help develop youth who are skilled, creative, modern, and who will be the future experts in cutting-edge technology industries, able to compete at global levels.
Subscribe to:
Posts (Atom)







