CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 12, 2009

Program Perkhemahan dan Pengembaraan Anugerah Remaja Perdana Parlimen Kimanis


anugerah remaja perdana

Program Perkhemahan dan Pengembaraan Anugerah Remaja Perdana bagi parlimen Kimanis kembali lagi untuk tahun ini. Program yang dijalankan setiap tahun untuk golongan remaja berumur antara 15 sehungga 25 tahun antara lain bertujuan untuk melahirkan golongan belia yang berwawasan. Pada kali ini ARP Parlimen Kimanis dijalankan di Kg Ulu Mawao Membakut pada 8hb - 10hb Mei 2009.Pada kali ini penyertaan sungguh menggalakkan. Seramai 49 orang peserta dari sekitar parlimen Kimanis telah mengambil bahagian dan di kendalikan oleh 7 orang urusetia yang dilantik.

ARP bermula dengan pendaftaran peserta tepat jam 3 petang. Setelah taklimat selesai dijalankan oleh Penyelaras Program merangkap Pengerak Rakan Muda Kimanis En Alifah hj Mohd Noor dan juga taklimat peraturan, keselamatan dan disiplin oleh Kem Komandan program En Kahar Buntak, peserta bergerak untuk aktiviti pertama iaitu mendirikan khemah. Selepas itu peserta diberi peluang untuk berehat dan menunaikan solat maghrib dan isya secara berjemaah. Setelah makan malam aktiviti kedua bermula dengan aktiviti "ice breking" dan pemecaha kumpulan serta perlantikan penghulu dan penghuluwati dikalangan peserta. Setelah itu peserta terlibat dalam sesi percambahan minda yang dikendalikan sendiri oleh En Alifah. Pada sesi kali ini peserta diminta membentangkan hasil projek yang dibuat bersama kumpulan masing - masing. Sesi menjadi hangat dengan penglibatan semua peserta. Tepat jam 11.00 malam semua peserta kembali ke khemah masing - masing untuk berehat manakala para urusetia bermesyuarat bagi mengatur perancangan untuk esok hari.
Pada hari kedua merupakan hari yang padat untuk peserta. Sebaik sahaja semua peserta selesai aktiviti kecergasan dan bersarapan, program pengembaraan bermula. Sepanjang pengembaraan ini banyak aktiviti sampingan yang dijalankan bagi melayakkan peserta memenuhi syarat ARP seperti khidmad masyarakat, rakan rekacipta, wiramahir dan macam - macam lagi. pendek kata semua yang dilaksanakan adalah untuk membina peserta menjadi sorang belia yang berwawasan dan berkepimpinan.

Pada sebelah malamnya majlis perasmian dijalankan. Perasmian ARP kali ini disempurnakan oleh Pengerusi JKK Kg Mawao en Sufian. Dan istimewanya majlis ini sepenuhnya dirancang dan dijalankan oleh peserta sendiri. Tahniah kepada penghulu dan penghuluwati kerana berjaya menjalankan majlis perasmian dengan begitu baik sekali. Ini membuktikan bahawa ARP kali ini begitu berjaya dan mencapai matlamatnya.

Pihak urusetia juga telah menjalankan satu rancngan untuk membuat satu kejutan terhadap seorang peserta ARP yang kebetulan tarikh lahirnya jatuh tepat pada masa program tersebut. Pihak pengurusan ARP parlimen Kimanis mengucapkan selamat hari lahir kepada adik siti, semoga panjang umur dan tercapai cita - cita. Pihak urusetia juga minta maaf kerana membuat kejutan sedemikian rupa. Jagan marah ya....

Sepanjang 3 hari 2 malam peserta berkhemah tiada satu pun kejadian yang tidak diingini berlaku. Peserta pun tiada yang sakit. Kebajulan peserta pun sentiasa menjadi keutamaan. Tahniah kepada En Alifah dan terima kasih kepada kem komandan en Kahar serta setinggi terimakasih kepada urusetia Wan, ZU, Ros, Nazrin dan Suardi kerana bertungkus lumus menjayakan program ARP kali ini.

Jumpa lagi di ARP tahun hadapan...bye

5 ulasan:

BELL said...

Tahniah buat Penggerak Rakan Muda Kimanis, Mohd Alifah n the geng..tahniah juga keraNA BLOG KRMK sekarang best..banyak info..

BELL kedurau berspek.

ARP Daerah Jempol said...

Tahniah Buat Arp Kimanis. Keep it up ok..... Best pada semua Urusetia. Teruskan usaha murni anda itu ok.

Bangmir
www.anugerahremajaperdana.blogspot.com

Adisaputra said...

Tq buat semua yang banyak menolong dalam menjayakan ARP kimanis aritu...Tanpa kamu semua kita takan berjaya buat...Tq juga pada yang pecaya kami untuk menjalankan ARP kimanis...Tq Mr Alifah & tq semua...

www.kamianakmalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

KRMB mengucapkan tahniah kepada KRMK dan Penggerak Rakan Muda Kimanis, Saudara Alifah atas kejayaan ARP Parlimen Kimanis..Tahniah n syabas..

AHD Kit Chai said...

apa kata kelab rakan muda kimanis buat Competition Shuffle Dance pada taun 2010 ! ! !?