CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, November 16, 2009

AKAUN DILULUSKAN : SATU LAGI KEJAYAAN BAGI KELAB RAKAN MUDA KIMANIS ( KRMK )

Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia
Dimaklumkan kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Kimanis ( KRMK ) bahawa KRMK telah mendapat kelulusan untuk membuka akaun untuk Kelab Rakan Muda kimanis. Sekali lagi KRMK ingin mengucapkan TAHNIAH dan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua barisan kepimpinan KRMK khususnya kepada Pengurusi Kelab KRMK, Cik Zurainie Bte Jablin, Tim. Pengurusi En. Mohd Rezuan Munap dan Setiausaha KRMK Cik DG. Zulaikha Bte Baharin serta Penggerak Rakan Muda Kimais ( KRMK ), En. Mohd Alifah Bin Mohd Noor atas usaha gigih serta bertungkus lumus untuk menjayakan dan mendapatkan kelulusan Akaun Kelab Rakan Muda Kimanis.

PENDAFTARAN KELAB RAKAN MUDA KIMANIS DILULUSKAN


Salam Rakan Muda dan Salam 1 Malaysia

Syukuralhamdulillah, Kelab Rakan Muda Kimanis telah mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Kementerian Dalam Negeri Malaysia telahpun meluluskan permohonan penubuhan Kelab Rakan Muda Kimanis (KRMK) sebagai sebuah persatuan atau kelab secara rasmi pada 13 November 2009. Pihak Kelab Rakan Muda Kimanis (KRMK) mengucapkan TAHNIAH dan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua barisan kepimpinan KRMK khususnya kepada Pengurusi Kelab KRMK, Cik Zurainie Jablin, Tim. Pengurusi En. Mohd Rezuan Munap dan Setiausaha KRMK Cik DG. Zulaikha BT Baharin serta Penggerak Rakan Muda Kimais ( KRMK ), En. Mohd Alifah Bin Mohd Noor atas usaha dan inisiatif yang dilakukan selama ini bagi menjamin dan memastikan KRMK didaftarkan secara sah. Kami daripada KRMK juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Fadzley Ramli, Penolong Pegawai Belia & Sukan (Bahagian Pembangunan Rakan Muda) Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah diatas segala bantuan dan sokongan kepada KRMK selama ini. Jutaan Terima Kasih Kami Ucapkan..
Semoga Kelab Rakan Muda Kimanis akan terus maju kehadapan...

Thursday, November 12, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA

Salam Rakan Muda dan Salam Satu Malaysia
Pertandingan Shuffle dance peringkat bahagin beaufort akan berlangsung pada minggu hadapan.
kenapa anda yang berminat boleh mendaftarkan diri anda di Pejabat Belia dan sukan Bahagian
Beaufort. Hadiah-hadiah lumayan akan di berikan kepada mereka layak dan menang.. Tarikh
pertandingan tersebut telah di tetapkan pada :-
Tarikh :21 & 22hb November 2009
Tempat : Dewan Pa' Musa
Saringan akan di buat pada 21hb November untuk memilih kumpulan yang layak untuk ke
peringkat akhir..
pertandingan ini akan di buat pada 2 kategori iaitu :-
Kategori pertama : umur 15 tahun ke bawah
kategori kedua : umur 25 tahun ke bawah
Sebarang pertanya boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Beaufort di talian 087-211625 dan berhubung dengan Miss Dg. Zurainiee atau terus datang ke pejabat di alamat :
Pejabat Belia dan Sukan
(P) Bahagian Beaufort,
Tingkat 1, Wisma Persekutuan,
89807 Beaufort, Sabah.
Sekian Terima Kasih..

PROGRAM RAKAN MUDA


Salam Rakan Muda dan Salam satu Malaysia
Makluman kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Kimanis.. Program Grafiti Musim Ke-2 telah kembali lagi.. Kepada anda yang ingin mengikuti Program ini, anda boleh datang pada:-
Tarikh : 21 & 22hb November 2009
tempat : Dewan Pa' Muda dan Perkarangan Tembok depan KFC
Sebarang penyertaan untuk mengikuti program tersebut haruslah mendaftarkan diri anda 3 hari lebih awal sebelum tarikh Program tersebut berlangsung. Sebarang penyertaan boleh lah menghubungi pejabat Belia dan Sukan bahagian Beaufort di 087-211625..
terima kasih..

Tuesday, October 20, 2009

GERAK DAFTAR PERSATUAN

KEPADA BELIA-BELIA BERPERSATUAN DAN BELUM BERPERSATUAN ANDA DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRI SATU PROGRAM GERAK DAFTAR PERSATUAN PADA:

TARIKH : 30 OKTOBER 2009

TEMPAT : DEWAN PA'MUSA BEAUFORT

MASA : 2.00 - 4.00 PETANG

BELIA YANG SUDAH BERDAFTAR DI BAWAH REGISTRATION OF SOCIETY ( ROS ) AKAN BERDAFTAR SEKALI LAGI DI BAWAH REGISTRATION OF YOUTH ( ROY ).

SEKIAN TERIMA KASIH...

Saturday, October 3, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Parlimen kimanis khususnya dan kepada semua muslimin dan muslimat secara amnya.

Semoga kedatangan Syawal kali ini membawa 1000 makna dalam kehidupan kita..

Kalau langkah tidak bertemu,
Tangan tidak berjabat,
Ucapan tidak terdengar,
Mata tidak bertatap,
Tapi izinkan hati memohon maaf zahir dan batin,

Salam Aidilfitri

Kemasukkan Penggerak Belia

Tahniah di ucapkan buat Cik Dg Siti Zurainee Binti Muslin @ Fifie Ainie kerana telah di lantik sebagai Penggerak Belia Bahagian Kimanis. Diharapkan kehadiran beliau dapat memantapkan lagi dalam program - program yang akan di jalankan kelak

TAHNIAH SEKALI LAGI

Rakan Muda Wawasan Desa


Rakan Muda Wawasan Desa merupakan satu program kepimpinan, kesedaran dan kerjasama dalam aspek pembangunan remaja. Program ini membantu remaja membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh.


Spiritual, mental dan fizikal yang di sumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin dan dinamik. Program ini telah berlangsung pada bulan Mei yang lalu dan di rasmikan oleh Dato' Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. Program ini telah di sertai seramai 49 orang pelajar dari UITM Sabah.


Dalam program ini akan melahirkan insan yang berkualiti dan berkeperobadian mulia serta cintakan negara dan penyayang disamping penerapan nilai - nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan yang pasti menjamin perpaduan yang mantap.

Friday, May 15, 2009

SeLaMaT HaRi GuRu

Lilin Seorang Guru

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


BUAT SEMUA PENDIDIK SELURUH DUNIA DAN MALAYSIA
KHUSUSNYA KEPADA PARA GURU YANG PERNAH MENDIDIK ATAU MASIH MENDIDIK
KAMI DARI AHLI KELAB RAKAN MUDA KIMANIS MENGUCAPKAN
~SELAMAT HARI GURU~

JASAMU TETAP DISANJUNG TINGGI
SEMOGA KEHIDUPAN CIKGU SENANTIASA DIBERKATI


Tuesday, May 12, 2009

Program Perkhemahan dan Pengembaraan Anugerah Remaja Perdana Parlimen Kimanis


anugerah remaja perdana

Program Perkhemahan dan Pengembaraan Anugerah Remaja Perdana bagi parlimen Kimanis kembali lagi untuk tahun ini. Program yang dijalankan setiap tahun untuk golongan remaja berumur antara 15 sehungga 25 tahun antara lain bertujuan untuk melahirkan golongan belia yang berwawasan. Pada kali ini ARP Parlimen Kimanis dijalankan di Kg Ulu Mawao Membakut pada 8hb - 10hb Mei 2009.Pada kali ini penyertaan sungguh menggalakkan. Seramai 49 orang peserta dari sekitar parlimen Kimanis telah mengambil bahagian dan di kendalikan oleh 7 orang urusetia yang dilantik.

ARP bermula dengan pendaftaran peserta tepat jam 3 petang. Setelah taklimat selesai dijalankan oleh Penyelaras Program merangkap Pengerak Rakan Muda Kimanis En Alifah hj Mohd Noor dan juga taklimat peraturan, keselamatan dan disiplin oleh Kem Komandan program En Kahar Buntak, peserta bergerak untuk aktiviti pertama iaitu mendirikan khemah. Selepas itu peserta diberi peluang untuk berehat dan menunaikan solat maghrib dan isya secara berjemaah. Setelah makan malam aktiviti kedua bermula dengan aktiviti "ice breking" dan pemecaha kumpulan serta perlantikan penghulu dan penghuluwati dikalangan peserta. Setelah itu peserta terlibat dalam sesi percambahan minda yang dikendalikan sendiri oleh En Alifah. Pada sesi kali ini peserta diminta membentangkan hasil projek yang dibuat bersama kumpulan masing - masing. Sesi menjadi hangat dengan penglibatan semua peserta. Tepat jam 11.00 malam semua peserta kembali ke khemah masing - masing untuk berehat manakala para urusetia bermesyuarat bagi mengatur perancangan untuk esok hari.
Pada hari kedua merupakan hari yang padat untuk peserta. Sebaik sahaja semua peserta selesai aktiviti kecergasan dan bersarapan, program pengembaraan bermula. Sepanjang pengembaraan ini banyak aktiviti sampingan yang dijalankan bagi melayakkan peserta memenuhi syarat ARP seperti khidmad masyarakat, rakan rekacipta, wiramahir dan macam - macam lagi. pendek kata semua yang dilaksanakan adalah untuk membina peserta menjadi sorang belia yang berwawasan dan berkepimpinan.

Pada sebelah malamnya majlis perasmian dijalankan. Perasmian ARP kali ini disempurnakan oleh Pengerusi JKK Kg Mawao en Sufian. Dan istimewanya majlis ini sepenuhnya dirancang dan dijalankan oleh peserta sendiri. Tahniah kepada penghulu dan penghuluwati kerana berjaya menjalankan majlis perasmian dengan begitu baik sekali. Ini membuktikan bahawa ARP kali ini begitu berjaya dan mencapai matlamatnya.

Pihak urusetia juga telah menjalankan satu rancngan untuk membuat satu kejutan terhadap seorang peserta ARP yang kebetulan tarikh lahirnya jatuh tepat pada masa program tersebut. Pihak pengurusan ARP parlimen Kimanis mengucapkan selamat hari lahir kepada adik siti, semoga panjang umur dan tercapai cita - cita. Pihak urusetia juga minta maaf kerana membuat kejutan sedemikian rupa. Jagan marah ya....

Sepanjang 3 hari 2 malam peserta berkhemah tiada satu pun kejadian yang tidak diingini berlaku. Peserta pun tiada yang sakit. Kebajulan peserta pun sentiasa menjadi keutamaan. Tahniah kepada En Alifah dan terima kasih kepada kem komandan en Kahar serta setinggi terimakasih kepada urusetia Wan, ZU, Ros, Nazrin dan Suardi kerana bertungkus lumus menjayakan program ARP kali ini.

Jumpa lagi di ARP tahun hadapan...bye

Sunday, May 10, 2009

~SELAMAT HARI IBU~


IBU MITHALI
IBU YANG SEJATI
KASIH SAYANGMU
KASIH YANG SUCI
PENGORBANANMU
DISANJUNG TINGGI
JASAMU TETAP DI SANUBARI

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu,
'Datang seseorang menemui Rasulullah S.A.W.
dia bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak
untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?'
Baginda S.A.W menjawab.
'Ibumu'
'kemudian siapa?'
'Ibumu'
'kemudian setelahnya siapa?'
'Ibumu'
Untuk kali berikutnya orang itu kembali bertanya,
'Lalu siapa'
'Ayahmu', jawab Baginda S.A.W


Kami dari Kelab Rakan Muda Kimanis mengucapkan
SELAMAT HARI IBU..
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA IBU...

Monday, April 27, 2009

7 GAYA HIDUP RAKAN MUDA

  • Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.
  • Patriotism, Love of Country, and Compassion, alongside the internalised values of leadership, spirituality, and concern for others will ensure strong national unity. Youth of high calibre and noble character will be created through this community programme. Community programmes and activities that are planned and executed will prove that the youth are not a burden to the nation, but are actually a basic necessity for connecting all classes and levels of society.
  • Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka
  • Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.
  • The three main components of this Lifestyle – Sports, Recreation, and raising activity to maximum capacity – form the basis for building strong minds, bodies, and characters, to develop high-calibre, interesting, healthy, and disciplined youths.
  • Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.
  • Creativity, innovation, and natural talent found in youth can give rise to young scientists and inventors. Through programmes and activities as well as guidance from experts, this programme will be able to help develop youth who are skilled, creative, modern, and who will be the future experts in cutting-edge technology industries, able to compete at global levels.
::Rujuk kepada 7 LOGO Gaya Hidup Rakan Muda di sebelah::

Friday, April 24, 2009

KabiNeT Malaysia 2009

KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

Thursday, April 23, 2009

"Tahniah Datuk Anifah Aman"


Terlebih dahulu Kelab Rakan Muda Kimanis mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan tahniah kepada Datuk Anifah Aman atas perlantikan beliau kejawatan Menteri Luar. Perlantikan ini dilihat amat bertepatan kerana Datuk Anifah merupakan seorang pemimpin yang komited dan juga perihatin dalam isu - isu dalam dan luar negara.

Datuk Anifah juga merupakan seorang yang mempunyai pendirian tegas dan tidak mudah melatah apabila berdepan dengan cabaran. Dengan perlantikan ini diharap Datuk Anifah akan dapat memperkenalkan lagi Malaysia di mata dunia.

Kami di Kelab Rakan Muda Kimanis amat - amat berbangga kdaerana pemimpin dari kawasan kami telah mendapat kepercayaan daripada YAB Dato Seri Najib Tun Razak untuk menerajui satu portfolio yang penting..Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan diberikan kesihatan yang sihat walafiat senantiasa..Amiin..


TAHNIAH....

Tuesday, April 14, 2009

Program Rakan Muda Cinta Alam - Pertandingan melukis alam sekitar

Assalamualaikum warga rakan muda seantero dunia...

11hb APRIL yang lalu satu program telah dijalankan oleh KRMK iaitu program Pertandingan melukis Rakan Muda Cinta Alam bertempat di Dewanraya Pekan Bongawan. Sambutan yang amat menggalakkan dari warga Rakan Muda melibatkan dari kawan Membakut dan juga Kimanis. Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah berusaha besungguh - sungguh bagi mamastikan kelancaran program ini...

Terima Kasih juga di ucapkan kepada semua Urusetia yang terlibat dalm menjayakan program ini. Lain program kita jumpa lagi teruskan komitmen anda untuk pembangunan kelab.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada EN Awang Anak Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Beaufort kerana sudi hadir dan seterusnya merasmikan program Rakan Muda Cinta alam.

Kepada yang berjaya tahniah diucapkan kepada yang tidak berjaya anda bukanya gagal tetapi cuma kuran bernasib baik sahaja. Jangan putus asa tahun depan cuba lagi....Jumpa lagi di program akan datang untuk makluman tahun ini banyak lagi program rakan muda akan di jalankan..tungguuuuu